Thursday 27 June 2013

Picnic with Friends!


Assalammulaikum,..

Pada hari rabu yang lalu,saya dan kawan-kawan kelas ex 5sains  berkelah di Pantai Taman Gelora,Kuantan.Pada mulanya kami plan nak berkelah di Air Terjun Sg Pandan tapi x jadi  sebab tempat rekreasi itu ditutup untuk diselenggara.Kami pun terpaksa ubah haluan last minute mencari tempat berkelah yang lain.Akhirnya kami decide g Pantai taman Gelora yang x terlalu terdedah dengan orang ramai sebab kami nak beBBQ di sana,memandangkan keadaan jerebu yang belum pulih sepenuhnya kami terpaksa cari tempat tersorok sikit untuk BBQ takut orang marah pulak main bakar-bakar nie..

Tema hari itu ialah jagung!..
saya bawa bekal nasi lemak dan puding jagung waktu tu.

Mimi,Robi,Nurul temasuk saya x terlibat dalam bakar-bakar nie sb x bwa baju spare takut bau asap sb lepas tu kami nak g jalan tmpt lain plak.

selain Jagung ada jugak hotdog dan oblong.

nurul,Az,Naim,Robi,Anis dan Mimi..


Gambar curik..

waktu nie jerebu dah kurang sebab hujan renyai-renyai..


Mimi





Lepas g jalan kt bandar kami pun g jalan umah cikgu Fizah kat Tanjung Lumpur..
Pastu Cikgu ajak blanja makan  malam kat Indera Mahkota.

                                                                   
Mimi dan cikgu Fizah (cikgu yang ajar kami subjek fizik )
Terima kasihlah cikgu blanja kami makan.

Anis comel,Az@sarah,Naim

Sampai umah dekat2 kut 1pagi...huh penat btol jalan2 ngan diorang nie tp Oklah seronok.Pergi Naim drive pastu balik Anis plak yang drive.


Sunday 23 June 2013

JEREBU..


Assalammualikum,..hari ini saya ingin berkongsi sedikit pasal jerebu.Sekarangkan Jerebu sangat teruk melanda negara kita terutamanya di negeri Johor,Melaka dan Negeri Sembilan yang diakibatkan oleh kebakaran hutan di Indonesia.

Apa itu Jerebu?

Jerebu adalah salah satu pencemaran udara ,Jerebu merupakan fenomena apabila berlakunya kehadiran partikel-partikel terampai di atmosphera seperti gas-gas,debu,habuk dan zarah di dalam udara kering.Partikel-partikel ini terjadi secara semulajadi ataupun kesan dari aktiviti manusia.Jerebu yang berlaku boleh menyakat pancaran cahaya matahari ke bumi selain mengurangkan jarak pandangan mata kasar seseorang.


Punca-punca Jerebu

  • Pembakaran secara terbuka
  • Asap dari kilang
  • Asap dari kenderaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monokside,sulfur dioksida,nitrogen dioksida dan ozon.IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan.

Nilai IPU-----kualiti udara

0-50----Baik
51-100-----sederhana
101-200------Tidak sihat
201-300-----Sangat tidak sihat
301-400-----Bahaya
401-500-----Sangat berbahaya
lebih 500-----Darurat

Penyakit disebabkan jerebu
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas dan hidung tersumbat
  • Mata kemerahan
  • Kulit terasa gatal
Tip jika berlaku jerebu

  • Jangan keluar rumah serta tutup pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka jika ingin keluar.
  • Kerap mandi
  • Banyak meminum air masak sekurang-kurangyan 8 gelas sehari.



Gambar di ambil di luar rumah saya.Walaupun x seteruk seperti di Johor tetapi tetap merbahayakan kesihatan.