Sunday 23 June 2013

JEREBU..


Assalammualikum,..hari ini saya ingin berkongsi sedikit pasal jerebu.Sekarangkan Jerebu sangat teruk melanda negara kita terutamanya di negeri Johor,Melaka dan Negeri Sembilan yang diakibatkan oleh kebakaran hutan di Indonesia.

Apa itu Jerebu?

Jerebu adalah salah satu pencemaran udara ,Jerebu merupakan fenomena apabila berlakunya kehadiran partikel-partikel terampai di atmosphera seperti gas-gas,debu,habuk dan zarah di dalam udara kering.Partikel-partikel ini terjadi secara semulajadi ataupun kesan dari aktiviti manusia.Jerebu yang berlaku boleh menyakat pancaran cahaya matahari ke bumi selain mengurangkan jarak pandangan mata kasar seseorang.


Punca-punca Jerebu

  • Pembakaran secara terbuka
  • Asap dari kilang
  • Asap dari kenderaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monokside,sulfur dioksida,nitrogen dioksida dan ozon.IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan.

Nilai IPU-----kualiti udara

0-50----Baik
51-100-----sederhana
101-200------Tidak sihat
201-300-----Sangat tidak sihat
301-400-----Bahaya
401-500-----Sangat berbahaya
lebih 500-----Darurat

Penyakit disebabkan jerebu
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas dan hidung tersumbat
  • Mata kemerahan
  • Kulit terasa gatal
Tip jika berlaku jerebu

  • Jangan keluar rumah serta tutup pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka jika ingin keluar.
  • Kerap mandi
  • Banyak meminum air masak sekurang-kurangyan 8 gelas sehari.



Gambar di ambil di luar rumah saya.Walaupun x seteruk seperti di Johor tetapi tetap merbahayakan kesihatan.


No comments:

Post a Comment