Monday 16 July 2012

Seminar Kerjaya & Keusahawanan



Salam semua...pada hari ahad lepas saya telah menghadirkan diri ke satu seminar yang yang dijalankan di Uitm Perlis,iaitu seminar kerjaya dan keusahawanan.Seminar ini dihadiri oleh semua student yang mengambil subjek ENT300 (basic intrepreneurship).Seminar ini start pada pukul 9pg dan berakhir pada pukul 4 ptg .Penceramah untuk seminar ini adalah daripada CEO syarikat terkemuka di Malaysia antaranya daripada KFC Holdings ,Pengasas Mekanik Wang,Granulab sdn.bhd,dan Ideal Healthcare (M) Sdn,bhd..



Sayalah nie...
Seminar yang dijalankan di LT6 dan LT 7

Buku  Simpan Challenge yang saya beli dikarang oleh penceramah EN ,Abuayubul Ansari,juga merupakan seorang jutawan.Buku ini banyak memberi tips dan info tentang cara untuk menjadi jutawan..


Antara barangan yang saya dapat sewaktu menghadiri seminar.
Yang paling best ialah tajaan makan dari Ayamas...

Boucer KFC dan AYAMAS..

Penceramah2 Seminar Kerjaya dan Kusahawanan:



1) YBhg.En.Abuayubul Ansari (Abang Abu),Pengasas Mekanik Wang.com.


2) YBhg.Tn.Hj.Jamaludin Md ali,CEO KFC Holdings(Malaysia SDN BHD


                                                        
3)YBhg En Romli Bin Ishak,CEO Granulab (M) Sdn.Bhd.

4) YBhg.En Mohd Heerman Haminnudin,Pengarah Ideal Healthcare (M) Sdn.Bhd.




Sunday 15 July 2012

Sukol 2012


Majlis penutupan sukol di UiTM Arau yang berlangsung pada malam sabtu 14 hrbln 7.Saya dan ain(roomate/classmate)  memang excited nak pergi ke sportcom untuk tengok persembahan setiap kolej.Selepas solat magrib kitaorang pun berjalan kaki dari kolej  Dahlia ke sportcom dalam lebih kurang 3 km.Sangat-sangat lah jauh.Kitaorang datang awal sebab nak cop tempat,takut penuh.Dalam kul 10.30 pm,acara masih diteruskan dengan persembahan silat,tarian dan dikir barat.Persembahan dikir barat yang boring,membuatkan saya rasa mengantuk sangat..huhuhu..so,apa lagi kitaorang pun balik kolej..

Ready go to sportcom..hehehe
ade x nampak perbezaan di wajah saya?..ya ada.
saya memakai contact lenses.First pakai contact lenses,mesti menangis punye...xpi akhirnyer berjaya juga masukkan contact lenses tu ke dlm anak mata saya..

saya dan ain..
Perasmian Sukol..

Persembahan tarian 1 Malaysia

Perserta pbarisan berarak memasuki padang..

Persembahan setiap kolej..

Friday 13 July 2012

Makan2 bersama Member2 @ Arau n Kangar

Dua hari berturut-turut saya makan kat luar dari Uitm nie,..
Boring juga asyik makan kat dalam je..So,saya and nina pergi lah dinner kat Restoran D Kontena yang terletak di hadapan C-Mart ARAU..
Selepas tu,kitaorang pun cuci mata kat dalam C-Mart.Tengah syok pilih baju kan,tiba-tiba blackout pula bandar Arau..Sume orang dalam C -Mart mengelabah lah.Ada sesetengah premis tutup dengan segera,untuk elak kecurian.So kitaorang pun cepat-cepat keluar dari kedai terus balik Uitm..Nasib baik Uitm x blackout juga...

Curi teddy bear roomate jap... sebelum g kelas malam..(nie xde kena-mengena dengan tajuk entry)

Waktu menunggu makanan..@ Restoran D Kontena,Arau.
Lapar2...

Senyuman cik adik manis..

Ini menu yang saya order,Jus carrot dan spagheti chicken mushroom..
Dan Kawan saya,Nina order 'set mesti cuba',iaitu,nasi bersama tomyam special..

Air barli yang amat menyelerakan..

Miss Nina...sambil makan sambil posing..


Sehari selepas keluar makan kat Arau.Dari kanan,Sila,Ain,Nina dan Zura.Kitaorang keluar ke Kangar pulak untuk beli tiket bus balik raya.Saya telah beli tiket pada hari Khamis 16/8 petang ,sebab hari jumaat memang xde kelas.
.x sabarnye nk balik!!

Saya yang berbaju merah menyala 2,nina,Ain dan Sila.
Nie dekat Masjid kangar,singgah sebentar untuk solat Asar.

Dinner Time!!..nasi goreng pataya dan air bandung.
Nina 2 cakap "usna nk rasa sikit tau nasi goreng pataya.."..
hEhE...yang dia order x sampai lagi...



Suasana malam di roundabout kangar ..
menara itu juga menjadi mercu bandar kangar.. 

Saturday 7 July 2012

Latihan Kebakaran di Kolej Dahlia...




Hello baby!...
Dalam pukul 4 petang satu sesi latihan kebakaran telah diadakan di kolej Dahlia 1.
T_T..Saya punya lah lena tidur petang tu..Tiba-tiba ada announcement iaitu : "semua penghuni kolej dahlia 1 ,sila berkumpul di belakang bangunan sekarang juga"...Hehehe kacau betol.,saya pun terus capai tudung dan  keluar kolej dalam keadaan mamai.Ingat betol2 lah ada kebakaran ,sebab 2 buah lori bomba datang dengan membunyikan siren yang kuat...






Untunglah,siap bawa payung merah lagi tu...
kitaorang berpanas jew...

Mula2 kami diberi taklimat tentang cara-cara menggunakan alat pemadam api jenis ABC(jenis debu kering).Pastu,wakil dari setiap aras diberi peluang mencuba alat pemadam api tersebut dan masing-masing berjaya memadamkan api dengan teknik yang selamat...

Hehehe,ada macam muka baru bangun tidur x?
Gambar diambil selepas selesai je latihan kebakaran ...