Saturday 17 August 2013

RAYA 2013

 Selamat Hari Raya!Maaf Zahir dan Batin

Setiap tahun saya akan beraya di kampung halaman yang terletak di Raub,Pahang.Saya balik kampung awal sehari sebab nak merasa berbuka puasa bersama family kat kampung.Tahun nie special sikit sebab keluarga kami telah korbankan 2 ekor kambing untuk dimasak waktu raya.Merasa juga saya makan lamb chop waktu last berbuka puasa. Lemang ketupat memang wajib tiap2 tahun buat.Malam di kampung memang syok sebab dapat main bunga api dan mercun.Saya hanya main bunga api je.Selalunye adik saya akan pasang pelita di sepanjang perjalan masuk rumah kat kampung.Itu yang menghidupkan lagi malam raya,di tambah pulak dengan memasang bunga api yang abang ipar beli berharga hampir RM100.Rasa macam sambut happy new year pulak.

Menu kami di kampung;
 Hari Raya Pertama:Lemang dan ketupat (bepeluh-peluh saya dan adik duduk depan api jaga lemang nie)
 Hari Raya Kedua:Nasi Beriani Gam dan Kari Kambing ( kambing fresh dari ladang)
 Hari Raya Ketiga:Laksa Penang (air tangan kakak saya yang bertaraf masterchef)


Raya pertama memang riuh-rendah.Biasanya abang2 pergi solat sunat raya.
Yang perempuan duduk kat rumah sediakan juadah hari raya dan mengemas rumah.
Selepas semua ada,baru sesi bergambar dijalankan.Raya pertama nie,xcukup ahli keluarga sebab Kak Ngah saya beraya kt rumah mak mertua.


Malam raya kedua
Pizza Hut kakak -kakak yang belanja.Restoran Pizza Hut baru buka kt Raub,dah semakin berkembang maju bandar Raub nie.
Abang saya Cipot belanja kek secret resepi .Saya dapat makan sepotong jew.Family ramai sangat,sekejap je dah abis.

Menghadirkan diri  ke Open House.

Raya kedua-ketiga saya pakai baju kurung peplum.Sampai kakak pun jeles tengok adik dia lawa sangat;P
Raya ketiga beraya ke rumah sanak-saudara kat kampung Ulu sg.
Sejuk je suasana  beraya di pedalaman kampung nie sebab kurang pencemaran alam sekitar.


           Teringat pulak suasana beraya kt Felda chini bersama member2.
     Saya balik rumah pun dah raya ke-5.Member2 pun ramai yang takde,ada yang masih beraya kt kampung dan ada yang dah balik kolej/Universiti.Tak dapat lah nak berkonvoi ramai2 beraya.

                                             
Nie gambar raya 3 tahun lepas,..huhuhu.
saya yang bawak motor pakai tudung ungu.Xpe tahun depan berkonvoi guna kereta pulak.


gambar kami.:P
Muka baru habis SPM.


1 comment:

  1. husna, ain buat blog baru.

    please support my new blog. http://whiteroses2013.blogspot.com/

    ReplyDelete