Monday, 16 July 2012

Seminar Kerjaya & Keusahawanan



Salam semua...pada hari ahad lepas saya telah menghadirkan diri ke satu seminar yang yang dijalankan di Uitm Perlis,iaitu seminar kerjaya dan keusahawanan.Seminar ini dihadiri oleh semua student yang mengambil subjek ENT300 (basic intrepreneurship).Seminar ini start pada pukul 9pg dan berakhir pada pukul 4 ptg .Penceramah untuk seminar ini adalah daripada CEO syarikat terkemuka di Malaysia antaranya daripada KFC Holdings ,Pengasas Mekanik Wang,Granulab sdn.bhd,dan Ideal Healthcare (M) Sdn,bhd..



Sayalah nie...
Seminar yang dijalankan di LT6 dan LT 7

Buku  Simpan Challenge yang saya beli dikarang oleh penceramah EN ,Abuayubul Ansari,juga merupakan seorang jutawan.Buku ini banyak memberi tips dan info tentang cara untuk menjadi jutawan..


Antara barangan yang saya dapat sewaktu menghadiri seminar.
Yang paling best ialah tajaan makan dari Ayamas...

Boucer KFC dan AYAMAS..

Penceramah2 Seminar Kerjaya dan Kusahawanan:



1) YBhg.En.Abuayubul Ansari (Abang Abu),Pengasas Mekanik Wang.com.


2) YBhg.Tn.Hj.Jamaludin Md ali,CEO KFC Holdings(Malaysia SDN BHD


                                                        
3)YBhg En Romli Bin Ishak,CEO Granulab (M) Sdn.Bhd.

4) YBhg.En Mohd Heerman Haminnudin,Pengarah Ideal Healthcare (M) Sdn.Bhd.




Sunday, 15 July 2012

Sukol 2012


Majlis penutupan sukol di UiTM Arau yang berlangsung pada malam sabtu 14 hrbln 7.Saya dan ain(roomate/classmate)  memang excited nak pergi ke sportcom untuk tengok persembahan setiap kolej.Selepas solat magrib kitaorang pun berjalan kaki dari kolej  Dahlia ke sportcom dalam lebih kurang 3 km.Sangat-sangat lah jauh.Kitaorang datang awal sebab nak cop tempat,takut penuh.Dalam kul 10.30 pm,acara masih diteruskan dengan persembahan silat,tarian dan dikir barat.Persembahan dikir barat yang boring,membuatkan saya rasa mengantuk sangat..huhuhu..so,apa lagi kitaorang pun balik kolej..

Ready go to sportcom..hehehe
ade x nampak perbezaan di wajah saya?..ya ada.
saya memakai contact lenses.First pakai contact lenses,mesti menangis punye...xpi akhirnyer berjaya juga masukkan contact lenses tu ke dlm anak mata saya..

saya dan ain..
Perasmian Sukol..

Persembahan tarian 1 Malaysia

Perserta pbarisan berarak memasuki padang..

Persembahan setiap kolej..

Friday, 13 July 2012

Makan2 bersama Member2 @ Arau n Kangar

Dua hari berturut-turut saya makan kat luar dari Uitm nie,..
Boring juga asyik makan kat dalam je..So,saya and nina pergi lah dinner kat Restoran D Kontena yang terletak di hadapan C-Mart ARAU..
Selepas tu,kitaorang pun cuci mata kat dalam C-Mart.Tengah syok pilih baju kan,tiba-tiba blackout pula bandar Arau..Sume orang dalam C -Mart mengelabah lah.Ada sesetengah premis tutup dengan segera,untuk elak kecurian.So kitaorang pun cepat-cepat keluar dari kedai terus balik Uitm..Nasib baik Uitm x blackout juga...

Curi teddy bear roomate jap... sebelum g kelas malam..(nie xde kena-mengena dengan tajuk entry)

Waktu menunggu makanan..@ Restoran D Kontena,Arau.
Lapar2...

Senyuman cik adik manis..

Ini menu yang saya order,Jus carrot dan spagheti chicken mushroom..
Dan Kawan saya,Nina order 'set mesti cuba',iaitu,nasi bersama tomyam special..

Air barli yang amat menyelerakan..

Miss Nina...sambil makan sambil posing..


Sehari selepas keluar makan kat Arau.Dari kanan,Sila,Ain,Nina dan Zura.Kitaorang keluar ke Kangar pulak untuk beli tiket bus balik raya.Saya telah beli tiket pada hari Khamis 16/8 petang ,sebab hari jumaat memang xde kelas.
.x sabarnye nk balik!!

Saya yang berbaju merah menyala 2,nina,Ain dan Sila.
Nie dekat Masjid kangar,singgah sebentar untuk solat Asar.

Dinner Time!!..nasi goreng pataya dan air bandung.
Nina 2 cakap "usna nk rasa sikit tau nasi goreng pataya.."..
hEhE...yang dia order x sampai lagi...



Suasana malam di roundabout kangar ..
menara itu juga menjadi mercu bandar kangar.. 

Saturday, 7 July 2012

Latihan Kebakaran di Kolej Dahlia...




Hello baby!...
Dalam pukul 4 petang satu sesi latihan kebakaran telah diadakan di kolej Dahlia 1.
T_T..Saya punya lah lena tidur petang tu..Tiba-tiba ada announcement iaitu : "semua penghuni kolej dahlia 1 ,sila berkumpul di belakang bangunan sekarang juga"...Hehehe kacau betol.,saya pun terus capai tudung dan  keluar kolej dalam keadaan mamai.Ingat betol2 lah ada kebakaran ,sebab 2 buah lori bomba datang dengan membunyikan siren yang kuat...






Untunglah,siap bawa payung merah lagi tu...
kitaorang berpanas jew...

Mula2 kami diberi taklimat tentang cara-cara menggunakan alat pemadam api jenis ABC(jenis debu kering).Pastu,wakil dari setiap aras diberi peluang mencuba alat pemadam api tersebut dan masing-masing berjaya memadamkan api dengan teknik yang selamat...

Hehehe,ada macam muka baru bangun tidur x?
Gambar diambil selepas selesai je latihan kebakaran ...

Saturday, 30 June 2012

Sepetang di kangar dan Mata ayer,Perlis

Hujung minggu ini dihabiskan dengan pergi keluar jalan2 disekitar Perlis.Mula2 kitaorang(saya, nina dan ain)pergi ke stesen bas kangar untuk beli tiket raya.Tapi malangnye,tiket raya ke kuantan x kuar lagi..:(.So,mungkin dlm bulan puasa saya pergi beli tiket semula.

Bandar Kangar,..saya dan ain..
Tudung kitaorang nampak sama, tapi warna berbeza tau,saya punya warna coklat dan ain warna hitam.,..hehehe sb beli sama2 kt Padang besar.

Minum petang..
Cendol Special RM2.50...kenyang,,
makan sampai x larat nak habiskan,

Otw ke Mata ayer..saya sebagai penunjuk arah dan nina sebagai Driver..

photoshop di sawah padi..nice!!!

nie felling2 cam citer Nur Kasih..
saya sebagai Nur...
Nurshahirah bukan Nuramina!



Saya dan Miss Nina..driver kitaorang ..hehehe

Posing depan kereta yang cute cam tuannye..,,


SEKIAN..:)

Saturday, 23 June 2012

second week @ UiTM ARAU (Modul n Meow)


Salam sayang..:)

Hari nie tiba2 rasa rajin nak update blog.Mungkin sebab baru minggu kedua di Uitm.So,banyak waktu lapang  dan lecture ada yang x start lagi.Banyak juga nota untuk sem nie yang telah diprint.Nota saya ambil dr lecturer dan akak senior...B).Pada satu malam (ayat  skema) saya baru je nak start study sikit  subjek PST383 (rubber product manufacture) tp ada meow tngah syok tidor atas meja saya.Disebabkan rasa simpati terhadap meow yang super gojes,x jadi nak study malam tu....:P..Saya pun g baring atas katil sambil layan lagu korea.Dalam kul 12 am,saya terpaksa melepaskan meow diluar bilik..xleh biar lama2 meow dalam bilik,bahaya,,,

hehehe..nie waktu nak g kelas PST371 Plastic Fabrications..

huhuhu...nie wajah happy g modul part5


Aktiviti LDK modul part 5...Tajuk(kenegaraan)
meletakkan12 paku atas 1 batang paku saja...
nasib baik ada ahli member yang tahu caranye..

kesimpulan dr aktiviti ini:Tiada apa yang mustahil jika kita berusaha ,bekerjasama dan bersatupadu..cam konsep 1MALAYSIA.

Overall:SAYA SUKA MODUL SEM NIE...Seronok dapat jumpa kawan baru dan lama...;)
           

Saturday, 16 June 2012

Ronda- ronda @ Padang Besaqq....!!!

               
Cuti hujung minggu dihabiskan dengan meronda  di Padang Besar yang terletak di sempadan Malaysia dan Thailand.Memang x plan pun nak pergi sini dan sebenarnye nk g jalan ke Alor setar.Itu pun sebab kereta api ke Alor setar lambat tiba di stesen Arau..
First time pulak saya g Padang Besar...hahaha


Nie roomate + classmate saya yang tengah posing cantik punye....

Pelbagai barang jualan dijual disini seperti beg,kasut,baju dan lain-lain lagi...
sampai rambang mata dibuatnye..

Lunch time ...
mee goreng n air sirap jew..

singgah sebentar di ladang ternak burung unta...



singgah pulak di Tasik Tasoh..
menikmati permandangan tasik yang sangat cantik...

 mawar putih  posing di tepi kete sewa...