Thursday, 23 August 2012

Raya Ketiga + Birthday Party


Raya ketiga kami sambut hari jadi kakak dan abang ku yang lahir pada bulan ogos.
Kek tiramisu dibeli dengan harga RM80.Kongsi duit RM 10 ringgit sorang untuk beli kek secret recipe..
Abang Cipot yang sambut birthday yang ke-23 tahun manakala kakak sambut birthday yang ke 28 tahun..
Jom layan aksi2 kitaorang pada malam raya ketiga:

Muka saya putih sebab terlebih pakai foundation.xpe2 janji saya paling hot malam tu..hehehe

Sapelah ambik gambar jadi blurr nie...


Rumah penuh dengan sanak-saudara..

nyum nyum..kek tiramisu..

Main bunga api lagi...

saya,abang Cipot dan kakde



Hari Raya Kedua..

Hari raya kedua,saya dan family beraya di Kampung Ulu Sungai (US) iaitu rumah Tok Chik saya.
Rumahnye terletak di pedalaman di hutan yang mengambil masa 15 minit perjalanan dari kampungku.Lebih kurang 5 buah kereta termasuk kereta ayahku  yang bekonvoi ke US.Mak dan  makcik2 ku x melepaskan peluang mencari sayur-sayur kampung untuk di bawa pulang,antaranya pucuk paku,rebung dan buah-buahan juga,sampai penuh bonet kereta dibuatnye.Budak-budak (sepupu2 saya) pulak pergi bermandi-manda di sungai yang berdekatan dengan rumah Tok Chik saya.

Belakang tulah rumah pusaka Tok Chik saya..

Bermandi-manda..

My lovely mummy tengah memotong rebung yang baru sahaja diambil

saya,adif,kakde,ibu..

Nie perasan jadi mak Datin jap..

Saya dan Tok Chik yang masih lagi sihat..

Baru lepas mencari pucuk paku..sedop nie kalau masak..

Di tepi sungai yang airnyer jernih,,

Merentasi denai2 untuk pergi ke sungai..

:)..bersama sepupu saya dan pak jang..nie baru habis makan tengah hari..

Perjalan family saya x habis lagi.Selepas zohor,kitaorang beraya ke rumah saudara-mara yang lain.Dalam kul 5 baru pulang rumah.Pulang ke rumah dalam keadaan perut yang penuh sebab makan xhenti2 dari pagi sampai petang.
Memang Enjoy Betol Raya tahun nie..

Hari Raya Pertama..

sElAmAt hArI RaYa:
  Saya pulang ke kampung sehari sebelum raya..kebiasanye family saya akan membakar lemang dan masak rendang di kampung halaman yang terletak di Raub.
Saya dan kakak saya akan menyiapkan hidangan raya,sementara yang lain pergi masjid solat sunat raya.Selepas solat sunat raya,kami berkumpul di rumah untuk sesi fotografi beramai-ramai..
Update status kt Facebook dulu..Pinjam sat samsung galaxy note kakak punye..

Hijau(adik)-kelabu-Hijau(abg ipar)

Anak saudaraku adif yg x reti nak duduk diam.


sesi bgambar di luar rumah plak..

Angah dan Abgngah yang serba hijau..

Bersama sepupu dan adik... 



 Big Family:Keluarga bahagia..


nie nak g jalan raya..naik motor EX5 je..

Tuesday, 21 August 2012

Bermain Bunga Api n Mercun di mlm Raya


Bestnye dpt balik Kampung beraya.Kalau nak tahu sepanjang jalan masuk ke rumah pusaka saya di kampung Dong,Raub,Pahang dipenuhi dengan pelita2.Malam raya,Abang2 saya dan adik saya bermain mercu yang pelbagai jenis antarannya mercun bola,mercun ketupat dan etc...Kanak-kanak pula iaitu sepupu saya bermain bunga-bunga api.Saya hanya menjadi juru kamera untuk merakam memori malam raya.Setiap kali nak raya je,kampung saya akan kedengaran bunyi mercun seperti di medan peperangan je.Setiap kampung akan berlawan mercun kampung mana paling kuat sekali..

 Mercun roket..yang cahaya bolat2 kt bwah tu pelita minyak..
Pakjang saya pun main bunga api..effect camera DSC TX9 saya memang cun giler lah.Boleh jadi macam2 bentuk!


Sepupu2 saya yang syok bermain bunga api..


Budak nakal adif sibuk bermain bunga api..

Bunga api KLCC..macam happy new year pulak rasenye..

Hasil daripada mode Firework:





Friday, 10 August 2012

Wish list raya ngeeeeeeeeee....

Checklist  seminggu sebelum RAYA .:

  • Baju raya-2 pasang, xpi blom sempat raya,saya dh pakai dulu...(klu dh pakai di panggil bju raya lagi ker?)..
  • Tudung - dh cukup....
  • kasut raya - belom bli lagi...
  • Semangat raya - bekobar-kobar..
  • Semangat nk study - x de langsung..klu masuk kuliah pun..teringat lemang ketupat,kampong halaman,etc.,x sabar nak balik!
  • Tiket Balik raya - dh settle..saya blik semggu awal dari tarikh cuti kuliah,Ponteng 2 kelas..biasalah dah senior beb..
  •   
    Almost complete..tapi still rasa x complete lagi.saya nak INI INI INI INI..
    nie bukan kes tamak tak tentu pasal,tapi keperluan saya sebagai seorang perempuan.So here goes my wish list RAYA saya tahun nie:
                                                                     LIPSTICK MERAH
    Supaya kelihatan hot dan confident seperti minah nie...<terlebih sudah>




    Raya tahun lepas,saya rasa lipstick yg saya pakai nie x cukup merah..sy nk lebih MERAH!

                                                                         FLAT SHOES


    saya mahu kasut flat! sebab saya TINGGI lampai,x sesuai pakai heel,sy rasa kurang keseimbangan.

    BAG
    Ini sangat perlu..setiap kali menjelang raya saya asyik mahu je.Bag nie berfungsi untuk simpan duit raya yang bakal saya terima..Walaupun umur dh 20 thun,tpi saya tetap akn dpt duit raya punye..hehehe

    Monday, 16 July 2012

    Seminar Kerjaya & Keusahawanan



    Salam semua...pada hari ahad lepas saya telah menghadirkan diri ke satu seminar yang yang dijalankan di Uitm Perlis,iaitu seminar kerjaya dan keusahawanan.Seminar ini dihadiri oleh semua student yang mengambil subjek ENT300 (basic intrepreneurship).Seminar ini start pada pukul 9pg dan berakhir pada pukul 4 ptg .Penceramah untuk seminar ini adalah daripada CEO syarikat terkemuka di Malaysia antaranya daripada KFC Holdings ,Pengasas Mekanik Wang,Granulab sdn.bhd,dan Ideal Healthcare (M) Sdn,bhd..



    Sayalah nie...
    Seminar yang dijalankan di LT6 dan LT 7

    Buku  Simpan Challenge yang saya beli dikarang oleh penceramah EN ,Abuayubul Ansari,juga merupakan seorang jutawan.Buku ini banyak memberi tips dan info tentang cara untuk menjadi jutawan..


    Antara barangan yang saya dapat sewaktu menghadiri seminar.
    Yang paling best ialah tajaan makan dari Ayamas...

    Boucer KFC dan AYAMAS..

    Penceramah2 Seminar Kerjaya dan Kusahawanan:



    1) YBhg.En.Abuayubul Ansari (Abang Abu),Pengasas Mekanik Wang.com.


    2) YBhg.Tn.Hj.Jamaludin Md ali,CEO KFC Holdings(Malaysia SDN BHD


                                                            
    3)YBhg En Romli Bin Ishak,CEO Granulab (M) Sdn.Bhd.

    4) YBhg.En Mohd Heerman Haminnudin,Pengarah Ideal Healthcare (M) Sdn.Bhd.




    Sunday, 15 July 2012

    Sukol 2012


    Majlis penutupan sukol di UiTM Arau yang berlangsung pada malam sabtu 14 hrbln 7.Saya dan ain(roomate/classmate)  memang excited nak pergi ke sportcom untuk tengok persembahan setiap kolej.Selepas solat magrib kitaorang pun berjalan kaki dari kolej  Dahlia ke sportcom dalam lebih kurang 3 km.Sangat-sangat lah jauh.Kitaorang datang awal sebab nak cop tempat,takut penuh.Dalam kul 10.30 pm,acara masih diteruskan dengan persembahan silat,tarian dan dikir barat.Persembahan dikir barat yang boring,membuatkan saya rasa mengantuk sangat..huhuhu..so,apa lagi kitaorang pun balik kolej..

    Ready go to sportcom..hehehe
    ade x nampak perbezaan di wajah saya?..ya ada.
    saya memakai contact lenses.First pakai contact lenses,mesti menangis punye...xpi akhirnyer berjaya juga masukkan contact lenses tu ke dlm anak mata saya..

    saya dan ain..
    Perasmian Sukol..

    Persembahan tarian 1 Malaysia

    Perserta pbarisan berarak memasuki padang..

    Persembahan setiap kolej..